Sunday, May 23, 2010

TIADA KATA UTK DICORETKAN...


Emm........xtau nk ckp ape....one day aku dh decide xkan jmp die lg...but aku jmp jugak..y??ntahla...tetiba jer aku wat kptsn cmtu kan...tp bila dh jmp kat ctu jela jmp...pastu kitorg dh xde contact cam dulu lg..huhu..agak merindui...tapi bertahan kerna kau bukan milikku.....kalo korg ingt aku pnh cte yg aku ade admire someone....tetibe td aku de jmp die la...hehe..aku ngan kwn2 aku..upenye die knl ngan kwn aku tu..plik jugak...xpnh skol skali tp knl..hmm..keciknyer dunia...n surprising me die dh tembam..hehe..but he is still looking nice....xsgka plak die knl aku kan??keh3...die ckp knl..ntahla..rsenye aku dh berubh spnuhnya dr skol dulu brbnding skang...btw tenkiu la coz knai saya..hehe....

Perkara yang paling menyakitkan ati aku td....geram seyh kat mamt tu...xreti ke nk tgor bek2...mood yg elok tetibe brubah jd geram....siot r lu mamat!!!!

haha...coretan kali ni simple n padat kan..heheh...tenkiu....

Sunday, May 9, 2010

AKU MASIH TERKILAN..........

Saat aku mengarang, atiku berada di dalam keadaan yang kurang stabil..(aku rasa la..)…entah kenapa perasaan yang pada mulanya begitu ceria di saat aku bangun di subuh hari bertukar menjadi suram saat matahari mula bergerak ke arah barat menandakan waktu yang nyaman dan hening sudah bertukar ke waktu yang amat panas sepanas atiku yang mula membara tanpa sebab..membarakah hatiku atau sedang kedinginan memerlukan bantuan untuk distabilkan semula suhu supaya aku mampu berfikir dengan lebih baik…ceritera hidupku kali ini amat sukar utk aku tafsirkan disebabkan emosi aku yang terganggu ini…di saat emosi aku berada dalam keadaan ini, tempat yang terbaik bagi aku untuk meluahkan adalah sebuah notebook ku yang telah banyak berkhidmat dan berjasa dalam pelbagai bentuk….bagi aku, notebook ni mcm kwn yang taat dan setia mendengar apa saja yang ingin aku kongsikan kepadanya..sungguh setia dirinya kepadaku…adakah juga makhluk Allah di muka bumi ini yang mampu menjadi sesetia notebook ku ini…??hanya Tuhan yang tahu….

Kadangkala terasa sukar untuk ditafsirkan perasaan yang lahir dari hatiku..perasaan yang aku jugak tak tahu datang dari mana puncanya..aku jugak tercari-cari bagaimana perasaan ini wujud di dalam organ kecilku yang bernama hati..mudahnya untuk aku jatuh cinta lagi..jatuh cinta kepada insan yang sudah pasti xkan menjadi milikku buat selama-lamanya..aku hanya mampu mencintai bayangannya sahaja dan kadangakala bermimpi alangkah indahnya jika dia adalah insan pertama yang bertakhta di hatiku begitu juga dengan dirinya..namun aku hanya mampu mengangankannya sahaja ibarat aku menulis sebuah cerpen yang mengisahkan sebuah cerita cinta yang sangat romantis dan mempunyai 'ending' yang cukup menarik..begitu juga dengan sinospis dan jalan cerita yang mampu aku gubah menjadi sesuatu yang sukar diterima logik akal jika keadaanya berlaku di dunia yang sebenar.

'Mencintai bukan semestinya untuk memiliki', kini aku tahu makna sebenar yang cuba disampaikan oleh insan-insan yang pernah mengalaminya..kadang-kadang tertanya-tanya aku,apakah tujuan ujian yang terlalu berat ini diberikan kepadaku. Lalu aku teringatkan kisah sahabat baik ku yang telah mengalami kegagalan dalam percintaannya…terlalu berat baginya pada satu ketika dulu dan kini, aku mampu melihat sinar kegembiraan di wajahnya biarpun aku tahu masih ada kekesalan yang tersemat di ati kecilnya yang menjadikan dia seorang yang tabah sedangkan kesakitan yang dirasakan sangat dekat dan berada dihadapannya. Sangat dekat dengan dirinya yang sedang menjalani terapi kegembiraan….. Itulah yang dinamakan ujian…semoga aku juga mampu menjadi setabah dirinya biarpon aku merasakan diriku lebih kuat darinya namun, jiwa dan perasaanku masih lagi selembut sutera yang bisa terkoyak dan tercarik dek paku yang melekat disisinya……

Terfikir juga aku untuk menjarakkan hubungan..tapi terlalu sukar untuk aku untuk memulakannya..terlalu sukar sehingga membuatkan aku sesak dan sukar untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan di hari yang mendatang tanpa dirinya yang mampu membuatkan aku tersenyum sendirian menampakkan lesung pipit ku yang kecil ini (sempat lagi tu)….aku juga terfikir untuk mengakhiri sebuah persahabatan ini namun siapalah aku untuk menolak indahnya persahabatan yang dibina…persahabatan yang bagiku, sukar diterima makhluk ciptaan tuhan yang lain…

Sakitnya tatkala merasakan diri seperti 'pencuri' yang perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekelilingya..berwaspada dalam apa juga tindak tanduk dan hanya dapat melakukan sesuatu jika keadaan mengizinkan…di manakah kebebasan dalam bersahabat??itulah yang menjadi persoalan bagi diriki saat ini….keadaan akan lebih mudah jika persahabatan itu tidak melibatkan orang ketiga dan sebaliknya. Sakitnya juga terasa apabila dirinya sedang berbahagia dengan insan tersayang, dan kita hanya perlu menunggu dan terus menunggu tanpa jemu… tak mampu lagi untuk aku menipu diriku sendiri betapa terhirisnya hati melihat kegembiraan di wajah insan lain..KHILAFNYA aku…..

Untuk apakah persahabatan itu terjalin jika kita tak mampu untuk mengharunginya lagi…persahabatan yang bagiku bakal mengecewakan diriku sendiri..kenapa tidak dari dulu lagi aku menjauhkan diri…kenapa baru sekarang saat aku telah JATUH CINTA dengan dirinya….argh..!!!sakitnya mempunyai perasaan yang kita sendiri tidak tahu dari mana ianya bermula.mungkihkah ada penawar yang mampu mengubati sakitnya TERjatuh cinta….
Memberi harapan dan mengharapkan adalah sesuatu yang jauh berbeza…dan kini diriku berada di dalam kedua-dua situasi ini..mampukah aku untuk menunaikan permintaan dan harapan orang yang mengharapkan yang terbaik dariku..pada masa yang sama aku juga mengharapkan perkara yang serupa daripada insan lain….terasa begitu keliru diriku saat ini…susahnya untuk meyakinkan diri, mampukah aku mencintai insan yang sangat mengharapkan kasih sayang dariku sedangkan aku??mencintai orang lain….hebatnya percaturan alam…Mungkinkah aku dapat memilih yang terbaik….saat ini hanya satu permintaanku, buat SAHABATKU semoga engkau mengerti dan jalani hidupmu tanpa seorang sahabat sepertiku..namun ini bukan bermaksud persahabatan yang kita bina ini terputus…tapi berilah aku sedikit ruang dan masa untuk melupai perasaanku dan cuba untuk mencintai orang yang mengharapkan cinta daripadaku… aku juga mengharapkan yang terbaik untukmu…semoga AWAK bahagia….. Akhir kata, tiada siapa yang mampu menentukan jalan hidupnya selain memohon petunjuk dan jalan yang benar dari Maha pencipta…..

Saya Minta Kepada Tuhan setangkai Bunga segar,
Tuhan Beri Kaktus Berduri,
Saya minta Kupu-kupu,
Diberi Ulat Berbulu,
Saya Sedih dan Kecewa,
Namun Kemudian Kaktus itu Berbunga Indah,
Dan Ulat Itupun menjadi Kupu-kupu yang Cantik.
Itulah Jalan ALLAH memberi apa yang kita perlukan,
Kadang- kadang kita sedih, kecewa, terluka,
Tapi jauh di atas segalanya Tuhan telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita…..