Dalam senyum,
Hatiku berdegil tetap mahu menangis
sampai bila?
hati bertanya kepada fizikal
fizikal sudah jadi tabah
namun, hati kurang berusaha menjadi tabah
suatu saat,aku suarakan rasa hati kepada yang sepatutnya
jawapan yang diberikan penuh jujur
aku mengiyakan sahaja
namun, hati aku pedih
pedih seperti ditusuk sembilu
aku kembali berusaha memberikan sejuta senyuman
aku tersenyum
namun, hati aku gagal berhenti menangis