Friday, March 23, 2012

Jalang-jalang

Bismillahirrahmanirahim . . .
Nebes nebes nebes !
aku nebes gila nak cerita dekat hampa semua pasai jalang-jalang ni
bukan apa
satg ada hat duk kata aku nak buat cerita 
bikin cerita reka cerita
tapi tapi tapi
ini kisah betul
baru sahaja terjadi beberapa hari lepas
okay..
aku cuba nak hilangkan nebes aku sekejap dua kejap
tarik nafas hembussss
tarik nafas tahannnn
okay baru hembus
heheheh

Ceritanya begini...
Berlaku pada hampir-hampir tengah malam sehingga pagi hari selasa . . .

HARI PERTAMA
Aku telah dihantar ke sebuah stesyen KTM berhampiran kolej yang aku duduki. Setelah hampir 10 minit menunggu ketibaan train, aku pun dapatlah naik dengan jayanya, siap dapat tempat duduk lagi. Untungla ada coach pompuan. Aku pon terhindarlah dari melihat dan terlihat oleh golongan bukan sama jantina dengan aku =)
Setelah hampir 45 minit di dalam train, bontot agak2 kebas dan kerongkong terasa terlalu basah sebab xde sapa nak diajak berbual, lalu aku dengan gaya paling laju meluru ke arah pintu dan keluar terus menuju ke esklator (tangga bergerak) dan malang sekali, tiada teman-teman sedang menuggu ketibaanku. Dengan perasaa sayu hiba dan sedih sebab xde orang teman, aku terus meluru ke arah sebuah restoran yang bagiku agak popular iaitu KFC. Aku makan nasi ayam yang ada sup bebola ayam, dua ketul ayam goreng serta timun tiga potong. Lalu aku mengambil tempat duduk yang ada 4 kerusi. Sepatutnya duduk 4 orang tapi aku tamak jadi aku duduk seorang diri. Aku xlapar sangat tapi sebab takut lapar dalam perjalanan nanti aku gagahkan juga makan nasi ayam yg super sedap. Patutla Batrisyia Maisarah suka sangat makan nasi ayam ni. Baru aku tau ia sedaaaaappppp. hahaha. Okay dengan ucapan Alhamdulillah aku sudahi hidangan makan malam aku pada malam tersebut. Nada mesej masuk ke dalam henpon berbunyi 'tett tett teeet' (xdela bunyi cenggini). Rakan-rakan sudah tiba di bawah. Aku lajukan kaki ke arah mereka. YES! aku dah x alone. =)
Solat-solat, gosok gigi cuci muka, aku sudah bersedia untuk berlepas.

Malang seribu kali malang, satu pengumuman kedengaran di gegendang telinga ini. "Perhatian kepada penumpang train ke singapura, train akan berhenti di stesyen Kluang kerana ada kontena terbalik di laluan ke singapura. Oleh itu, penumpang2 boleh la mendapatkan wang semula di kaunter yang berhampiran. Terima kasih". Terus xsedap. Tapi tak mengapa kami teruskan jua perjalanan. Dalam train aku xboleh tidur disebabkan faktor kerusi yang xberapa enak dan suhu yang terlalu sejuk sampai boleh jd ice cube. grrrr .. Jam menunjukkan pukul 4.30 dan aku mula lali lali lali dan zzzzz... " Kluang Kluang Kluang".. mata terbuka dan mata terarah ke jarum jam. pukul 5.30 pagi ! aku baru tidur sejam dan aku terpaksa bukak mata untuk turun dari train??? terima kasih. 

Setibanya di stesyen kami berpakat untuk berjalan kaki ke stesyen bas berdekatan. Mana mungkin mahu menggunakan khidmat kereta sewa yang mahu mengepau sebanyak RM200. Ini memalukan kerana pak cik-pak ck di sini cuba bertindak mengambil kesempatan. cissss! Ramai penumpang yang turut mengikut jejak langkah kami untuk menggunakan perkhidmatan bas di stesyen bas berdekatan. Bukan jauh sangat pon. Jalan 10 atau 15 minit sudah sampai. Kawan-kawanku lapar dan kami bersarapan di MCD. Aku kekenyangan dan hanya melihat mereka makan dengan riang =)

HARI KEDUA
Jalan dengan had laju 5km/jam kami tiba juga di stesyen bas. Beli tiket bus. Bas hanya akan beroperasi bermula 6pagi sahaja. Harga tiket ke Johor Bharu adalah rm9.80. Kami kerugian rm2.80 sebab pulangan tiket train hanya rm7.00. Solat subuh terus bergerak menaiki bas. Bas bergerak pada pukul 6.40 dan kami tiba di Johor Bahru pada sekitar 8.00 pagi. Bersihkan diri tukar baju dan sekali lagi makan pagi. 

Mencari tiket ke singapura dengan bayaran RM3.30 pergi dan balik. Kami berjaya menemui bas kerana bas untuk ke sana bersepah-sepah. Jadi xperlu bersusah payah. Lagipun hari bekerja jadi manusia tidaklah terlalu ramai.

Perjalanan tidak terlalu jauh. Aku terlupa mahu mengambil kiraan jam atau minit. Jadi aku anggarkan hanya sekejap sahaja. Perlu melepasi dua Imigresen. Satu Malaysia dan Singapura. Malaysia tak perlu beratur panjang. Singapura sahaja perlu sebab orang semakin ramai. Mudahnya di sini kerana bas akan sentiasa ada untuk kita selagi tiket yang dibeli tadi masih dalam simpanan. Kalau terlepas masih boleh naik bas yang lain dengan bayaran yang baru. (rugi bukan?) oleh itu naiklah bas yang sama company dengan tiket bas yang anda beli tadi =)

Sesampinya di Bugis street kalau tak silap, kami seramai 8 orang berpecah menjadi 2 kumpulan. aku dan 3 orang lagi rakan seperjuangan mengambil keputusan untuk terus terjah ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE =)

Kami menggunakan kemudahan MRT yang ada. Hanya dua stesyen perlu kami lewati dari stesyen Bugis iaitu menukar train dari Outram Park dan Harbour Front. Setibanya di Harbour Front kami perlu menaiki monorail dar Sentosa dan terus sampai di Waterfront stesyen (ingat-ingat lupa). Yeay ! masa untuk bersuka riaaaaa ! Beli tiket dengan harga SGD 68 (RM163.20) untuk pass universal  dan terus panjangkan kaki untuk terus masuk ke dalam !

Banyak permainan dan aktiviti di dalam tersebut. Antara yang menarik dan aku paling suka adalah 4D SHREK, 4D TRANSFORMER, REVENGE OF THE MUMMY, BATTLESTAR GALACTICA CYCLON & HUMAN, dan THE LOST WORLD . Yang ni sumpah best. Kalau pegi sana xnak masuk yang lain pon takpe. Janji masuk semua tempat yang aku cakap super best ni. Memang best sampai kepala aku pusing-pusing dan mabuk-mabuk serta mahu muntah !

Sepanjang di sini kami cuma mengisi perut dengan sebatang corn sosej yang berharga SGD3.80 (RM9.12) Kalau dekat Malaysia aku dah boleh dapat satu set hidangan makanan tengah hari siap ada baki lagi. sighhhh

Paling tak best sebab tandas menggunakan konsep dry cleaning. Jadi tiada air untuk anda bersuci, hanya tisu. HANYA TISU! oh no ! Lain kali sila bawak botol kosong untuk isi air dan basuh buangan anda. hihiihihihi. Ini serius kalau tak, anda mungkin akan rasa geli-geli. hahaha. Surau boleh tahan. Tapi terlalu kecil untuk kawasan tadahan pelancongan yang begitu besar. Kecewa.

Setelah mabuk-mabuk dengan pusingan roller coaster, kami bersantai sambil mengambil gambar di seluruh kawasannya. BEST! Rasa macam duduk luar negara yang ada salji tu. hewhewhew. Setelah itu kami bergegas ke Imigresen kerana disitu kami perlu menaiki train pada pukul 11.30 malam. Niat di hati mahu uruskan passport dahulu tetapi malang sekali semua train dibatalkan. OHhhhh.. malang sekali lagi. Kami pulang ke Johor Bharu dengan bas yang dinaiki pada awal perjalanan dan tiba di JB CENTRAL pada pukul 10 malam. Kami masih ada 1 jam setengah untuk makan kerana train akan tiba pada 11.40 malam (lewat 20 minit).

Kaki sudah tidak berdaya lagi. Makan set nasi ayam KFC, kembali bertenaga. HOYEAHHH ! =)

Naik train terus tidur. Sejukkkkk.. Mulut ternganga-nganga sudah aku tidak pedulikan asal aku buleh tidurr.. MALU. Tapi aku tak peduli asal boleh tidurrr.. hahaha. Okay sampai KL Central sekitar 9 pagi dan terus bergegas mencari bas untuk pulang ke shah alam. Sesampainya aku terus lupakan dunia, dan terus memasuki alam mimpi.

SEKIAN

(Banyak gila benda nak cerita tapi aku sudah menjadi semakin malas. Lain kali aku cerita lagi. Gambar? Nanti lah aku upload.. =p )

Wednesday, March 21, 2012

Trip Mabuk-mabuk =,=

Assalamualaikum w.b.t
(sila jawab salam sebelum baca penulisan yang seterusnya)
=)

Saya sedang berasa terlalu teruja untuk membentangkan
eh, menceritakan apa yang telah saya lalui
sepanjang tempoh mabuk-mabuk
hahahahahah

Tiba-tiba tangan jadi kelu
(tangan???)
tadi punya lah banyak idea nak cerita
tapi kenapa sekarang otak jadi kosong !
mungkin saya masih mabuk lagi
adoii
bila nak hilang mabuk ni =,=

ermm
Tunggu dah tak mabuk la baru cerita okay?
adoiii
mabuk mabuk mabuk
mabuk kepayang ke heh?
hahaha
 ok bye !
:D

Cuba teka aku mabuk dekat mana?
nnt aku cerita !
^^Y

Monday, March 12, 2012

I MISS THEM T_T

 INI NURIN IMANINA
INI BATRISYIA MAISARAH


RINDU sangat-sangat
xtau nak buat macam mana
tengok gambar mereka dan video-video mereka sahaja
semoga kakak dan adik baik-baik sahaja di rumah ya..
nanti mak teh cuti mak teh balik tengok awak berdua ye anak-anak ku
T_T

Thursday, March 8, 2012

DIA

Pernah x, pernah x?
kamu-kamu semua sedang asyik menontong movie
dalam movie tu ada dialog
'SAYA SAYANGKAN AWAK'
pastu tetiba kan korang mcm dengar ulang siar dialog tu
sekali lagi
'SAYA SAYANGKAN AWAK'
pastukan baru kamu-kamu sedar bahaawa dialog itu datang dari orang sebelah kamu
suke x?
(^^,)
saya BLUSHINGGGG sangattttt 
:D

saya sebenarnya nak cakap jugak, tapi saya malu
^^

Tuesday, March 6, 2012

Rahsia Lahir Saya

Tarikh lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini  bersifat pendiam dan konservatif.
Namun dengan orang-orang yang tertentu dia cepat mesra.
Tapi pasangan yang lahir pada tarikh ini mudah TERPERASAN.
(kerana sifatnya ini, ramai yang tidak menyukai dia  T_T )
Namun begitu, dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai (^^,)
Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi kehendak pasangannya.
(=,=')
Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan PERSAHABATAN dari Percintaan dan lebih rela memutuskan percintaan demi sebuah  persahabatan yang telah terjalin lama.

SUMBER : Dr. Fadzilah Kamsah =)

Monday, March 5, 2012

Permulaan dan Pengakhiran

Assalamualaikum w.b.t
hye hye hye kawan-kawan !
okay nampaknya saya seperti ceria di petang yang mulia ini
tapi sayangnya,
ia hanyalah kepura-puraannnnnn
saya tidak ceria
malah kepala saya berpinar-pinar
berpusing-pusingan
dan melelong-lelongan (ada ke bahasa ni?)
Permulaan yang sangat menarik pada semester ini
TAPI
adakah ianya bakal menjadi semakin menarik sepanjang satu semester ini?
Ku panjatkan doaku setinggi tinggi DOA
agar Allah memudahkan perjuangan ku di semester terakhir ini
aku mahu cepat-cepat menghabiskan apa yang masih tersisa
supaya aku bisa berkerjaya dan mempunyai keluarga
hehehe

Terima kasih kepada Mr. Sugar Busy yang sudi luangkan masa bersama saya
saya tahu awak pasti akan bertambah sibuk menjelang semester baru ini
Semoga awak dan saya diberi kejayaan yang cemerlang
dunia dan akhirat
AMIN ya rabbal alamin
 =)

Saya merenung masa hadapan saya yang PASTINYA ada DIA =)

Dia merenung masa hadapan dia, yang mungkin ada saya di dalamnya :p