Assalamualaikum w.b.t
ke hadapan blog yang aku sayangi
hadirnya engkau dalam hidup ini
menjadikan aku semakin berani untuk meluahkan segala isi hati
yang aku pendam
yang aku rasa
yang aku selindung
dari tatapan semua insan di sekelilingku
aku berani mencoret di sini kerna aku tahu
bukan semua insan yang mengenali aku tahu apa maksud sebenar coretan aku di ruangan ini
bukanlah mahu menagih simpati
bukan juga mahu membuka pekung di dada
dan bukan juga mahu mengadu domba
tujuan hati ini hanyalah untuk mencari ruang
mencari tempat untuk mengadu
mencari tempat untuk aku meluahkan apa yang terbuku
supaya hatiku xkeras membeku
setiap kali aku bersedih
muram, tidak suka, atau rasa serba tidak kena
akan ku coret sedikit sebanyak di ruangan ini
tanpa memberitahu kedudukan sebenar
cukuplah aku berkias
cukup mmg aku rasa cukup
aku puas dapat luahkan
sesungguhnya,
kini,
aku sedang merindui
insan yang aku sayangi
bukan niat di hati untuk memaksa
bukan niat di hati juga untuk buat kau xselesa
bukan niat di hati juga untuk melakukan perbuatan yang kau xsuka
niat di hati hanya untuk meminta sedikit waktu
waktu yang bisa buat aku rasa bahagia
aku xsuka meminta
tetapi caramu buat aku terpaksa meminta
katamu, kita perlu suarakan apa yg kita rasa
dalam bentuk perbincangan
tp setiap kali itu jugaklah aku xmampu nak memberitahu semua yang aku rasa
aku biarkan kau mencari apa sebenarnya yang aku pinta
tp setelah itu
aku disalahkan kerana aku
TERLALU MEMAKSA
ya, mmg aku begitu
maafkan aku
No comments:
Post a Comment