Tuesday, August 23, 2011

semakin meninggalkan

assalamualaikum
pasti ramai yang sedang bergembira saat ni
kerana bisa pulang ke pangkuan keluarga tercinta, 
dapat bercuti melupakan segala kerja yang ada
membeli-belah memuaskan nafsu raya
tak lupa juga 
pasti ada yang bersedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita
Ya, Aku akui, setiap kali Ramadhan aku tidak pernah terasa perasaan begini
mungkin ini kerana kali ini aku berpeluang menyambut sepenuhnya di rumah
dan
Alhamdulillah, aku suka dan gembira pada Ramadhan kali ini
dan aku juga sedar, setiap kali Ramadhan, hatiku selalu di uji
sempatkah aku mengharungi Ramadhan lagi?

pastinya aku akan merindui suasana RUMAH ALLAH
yang jarang aku kunjungi utk berjemaah
khilafnya aku

aku harapkan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari Ramadhan yang sebelumnya
amin....


2 comments:

kucokelat said...

seyes rasa sedih ramadhan dah nak berakhir.. selamat hari raya ye.

misrerama said...

hehe.. yaya.. selamat hari raya.. ramadhan berkahir berat pasti bertambah! syiokkkkk