Friday, January 27, 2012

DOPAP

Mesti tertanya-tanya apa itu DOPAP kan?
teka la dulu
teka la teka la
hahahaha
ia sejenis makanan yang mempunya dua rasa tetapi dalam bentuk yang sama
hewhewhew
ia tidak mengandungi sebarang racun yang boleh mengakibatkan keracunan makanan
heeee
okay okay okay
mari kita rungkaikan persoalan di benak kalian
Doh yang digunakan adalah doh membuat donut
tapi kuantiti YIS yang dimasukkan xcukup
so hasil dia menjadi seperti ini 
lihat gambar di bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

okay nampak buruk kan?
bentuk macam2
hahaha
sebab dia terlalu lembik untuk di uli jd bentuk yg cantik
hahahaha
tapi tapi tapi
rasa dia boleh tahan
heeee
luar rasa karipap
dalam rasa donut
special x?
hahaha
okay
nak pegi sambung makan
hehehe


* mlm ni naik bus balik shah alam.. xsyioknyeeeeeee T_T

Monday, January 16, 2012

Kekal

Kebelakangan ini aku asyik lapar lapar lapar dan lapar
tak tahu bila masanya perut ini akan berhenti minta diisi
orang kata kalau kita tengah belajar memerah otak dan tenaga
memang kita akan cepat lapar
ye ke?
kadang-kadang aku percaya 
kadang-kadang tak
sebab?
sebab kadang-kadang masa lapar aku xde pulak tengah belajar
ha ha ha 

Risau sangat dengan bentuk badan yang sudah tidak selangsing 4 bulan bercuti dahulu
Tapi tadi timbang
berat masih kekal
malah lebih ringan berbanding sebelum cuti 4 bulan dahulu
heee
tarik nafas lega sekejap
tapi masih risau sebab dalam masa 4 bulan belajar ni
berat sy dh kembali ke angka 5_
sdeynyaaaaa
nanti saya nampak lebih gemuk berbanding Mr.sugar busy
tak aci lah macam ni
T_T
takpe
i will make sure
dia panggil aku dengan c 'kurus' pasni
banyak kali dia sebut
jadilah satu doa untuk aku kurus
yipppe!
:D

perasan atau tidak?
aku asyik buat entry pasal berat badan
bosannya !
tapi ini mungkin sebab aku terlalu CONCERN dengan perubahan fizikal aku
kot?
=p

saya nampak kurus kan dalam gambar ni?
baek cakap ya!
>,<"
(abaikan bentuk muka yang memang berbentuk bola sepak)

Bila tengok gambar ni
teringat komen-komen di muka buku
ada yang cakap
1) eh, aku tgk muka kau mcm CHIMPAN_ _ (sampai hati T_T )
2) eh, gambar ni xcomel pon
3) kau nampak kurus, kau makan hati eh?
4) mama sampaikan pesanan pada kakak cakap
' nampak mcm orang kerdil plus xcomel sbb muka kembung nampak urat-urat'
(oh mama, sampai hati tau.sobsobsob)

p/s :aku xkisah pon semua komen tu sebab motif gambar hanya nak bagitau yang aku nampak KURUS
hahah.oke bye !




Sunday, January 15, 2012

Permainan

Assalamualaikum w.b.t
semoga hari anda ceria dan hebat hari ini
walaupun ada sedikit tanda mendung di hati hari ini
abaikan !

lepas habis jawab paper sosial tadi
kami lepak-lepak dekat kafe
makan-makan nasi lemak mak cik kafe yang berpotensi jadi ubat tidur paling mujarab
kalau makan pastu mahu tidur
okay, tapi itu tidak memutuskan semangat aku dan kawan-kawan 
yang mempunyai semangat berkobar-kobar nak main badminton
hasil daripada berbadminton
tangan aku jadi terketar-ketar akibat otot-otot sudah lama tidak digerakkan
inilah padahnya kawan-kawan
rajin-rajinlah bersenam ya?
bersenam bagus untuk kesihatan
tapi saya kurang kesedaran
oh, apakan daya?
ha ha ha

okay,
bercerita mengenai badminton
teringat zaman kanak-kanak dulu
sebab kebetulan bahasa yang aku dan kawan baik gunakan lebih kurang sama
permainan badminton biasanya memerlukan
sebatang RAKET bukan?
tetapi aku memanggilnya BADMINTON
padahal badminton itu sejenis permainan
kesedaran itu timbul setelah usia menginjak ke alam yang lebih remaja
oleh itu, tadi saya berjaya menukarkannya kepada
'berapa RAKET yang kita ada untuk main badminton pada petang ini?'
=p

p/s: tangan saya luka tadi lepas main badminton. tolong sapukan ubat ^^

Thursday, January 5, 2012

Mari Belajar

Assalam n a very good morning to you alls!
=)
I'm GOOD today
and i hope u alls pon good2 lah arini okay?
amin amin amin

I got only 2 days to study n finish all chapter
by hook or by crook
 i need to settle all chapter
so that i can answer my first paper with fully smiley
=)

Saya perlukan semangat untuk paper yang pertama
semangat semangat semangat !
Good Luck untuk semua yang sedang berperang dengan peperiksaan
okay?
May Allah Bless You Guys!
=)
 Bab mana yang nak mula dulu ni.. konpius2 @_@
  
 Usaha Tangga Kejayaan ! Keep Memorizing !
  
Mood dah okay, Happy reading ! =)

Wednesday, January 4, 2012

Couple

Menjadi yang terbaik buat pasangan adalah perlu
Ia perlu dan aku sendiri akui ia memang perlu
Tapi pada hakikatnya
Aku rasa ia hanya perlu apa bila kita telah sah menjadi pasangan kepada pasangan kita
Maksudnya di sini ialah IKATAN PERNIKAHAN
Pasti semua orang tahu apa itu NIKAH bukan?
Kalau tak tahu boleh GOOGLE check sendiri okay?
=)

Point utama yang aku nak cakap di sini 
Bukanlah yang berbentuk keagamaan atau apa
cuma sekadar memberi pandangan terhadap apa yang telah aku perhatikan 
sepanjang aku hidup di dunia ini
okay, lets start with one story

' Ada satu pasangan yang memang lovely habis. Tapi masih sekolah. Duduk Asrama. Nak dating pon kena nyorok-nyorok tepi pagar belakang dewan makan. Dating senyap-senyap takut kantoi dengan warden atau biro-biro yang bertugas. Bahagialah kiranya mereka saat itu. Demi menunjukkan bahawa diri yang si perempuan itu sangat serius dalam hubungan, maka dia sanggup membasuh pakaian, menjemur pakaian malah sanggup menggosokkan pakaian. Okay memang macam nak respect habis lah kat mereka ni. Tapi, at last putus dan kahwin dengan orang lain'.
(Dah pendekkan cerita. Malas pulak nak taip panjang-panjang)

Maksudnya di sini,
Tak perlu la kita ni mengabdikan diri membuta tuli
sebab aku rasa benda ni cuma perlu
bila kita dah berada di dalam rumah tangga
rumah tak bertangga pon boleh sebenarnya
he he he
sama jugak dalam menjaga maruah
Nak gadai apa yang sepatutnya
tunggulah dulu sampai kita betul-betul boleh gadai
tapi sebenarnya bukan 'gadai'
tapi menyerahkan
ya, menyerahkan mengikut landasan yang benar
cuba bayangkan kalau keretapi ikut landasan yang salah
apa akan jadi?
cuba fikir sendiri
aku tak mau bagi jawapan
heee =p

okay, tu je aku nak pot pet pot pet untuk arini
sebab bagi aku
nak tunjuk yang kita ni bakal jadi isteri yang solehah
bukanlah dalam waktu-waktu begini
jadi, yang di pihak satu lagi perlulah memahami
kononnya kena TRAIN dari sekarang sebelum kahwin
tapi cubalah fikir balik
untuk apa itu semua
kalau sebelum kahwin je dia tunjuk rajin
kan?
yang sebelah lelaki UNTUNGLA kalau ada yang sanggup
tapi yang perempuan RUGILA sebab kalau dia tak jadi nak kahwin dengan kamu
Kamu yang dapat penat.
ha ha ha

Kenapa aku merepek benda ni pon aku tatau
Cuma nak bagitau di sini
aku masih belum bersedia nak tunjukkan apa yang mampu aku lakukan sebelum berkahwin
Kalau nak tau apa aku boleh buat
SILA MASUK MEMINANG
Okay?
hehehe

SELAMAT MENJALANI MINGGU PEPERIKSAAN KAWAN-KAWAN
=)

Monday, January 2, 2012

Water

What's the difference between LIKE and LOVE?
Well, let's just say, if you LIKE a flower, you pluck it.
But when you LOVE that flower, you WATER it!
 
Dear Lovie dovie Mr. Sugar Busy,
Please water me when i suddenly turn into fierce and FIRE
tapi, janganlah simbah air, nnt saya basah!
hehehehe
calm me with your sweet words maybe?
I love u SWEET TALKER!
 
 Bilamukadahmacamnimaksudnyadiamintakdipujuk.
=p

Tersentuh Hati


Kenapa mudah sangat nak tersentuh hati?
Kenapa mudah sangat nak terasa hati?
Kenapa mudah sangat rasa dihindari?
Kenapa mudah sangat rasa dijauhi?
Kenapa mudah sangat rasa diri tak dihargai?

Banyak lagi persoalan-persoalan yang bakal dan boleh menjengah di minda semua manusia
Bila perasaan, hati dan akal mempunyai pendapat yang berbeza
Kadang-kadang akal setuju dengan apa yang hati rasakan
Tapi Perasaan seolah-olah tidak mahu memahami apa yang hati inginkan
Maka, berlaku percanggahan antara 3 perkara yang bakal menimbulkan konfliks kala suka dan duka
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?
Susah untuk dinyatakan sebab dan alasannya
Semuanya terletak pada diri masing-masing bagaimana mahu mengawalnya

Aku juga masih kalah dan gagal untuk mengawal 3 perkara yang wujud kala suka dan duka