Wednesday, January 4, 2012

Couple

Menjadi yang terbaik buat pasangan adalah perlu
Ia perlu dan aku sendiri akui ia memang perlu
Tapi pada hakikatnya
Aku rasa ia hanya perlu apa bila kita telah sah menjadi pasangan kepada pasangan kita
Maksudnya di sini ialah IKATAN PERNIKAHAN
Pasti semua orang tahu apa itu NIKAH bukan?
Kalau tak tahu boleh GOOGLE check sendiri okay?
=)

Point utama yang aku nak cakap di sini 
Bukanlah yang berbentuk keagamaan atau apa
cuma sekadar memberi pandangan terhadap apa yang telah aku perhatikan 
sepanjang aku hidup di dunia ini
okay, lets start with one story

' Ada satu pasangan yang memang lovely habis. Tapi masih sekolah. Duduk Asrama. Nak dating pon kena nyorok-nyorok tepi pagar belakang dewan makan. Dating senyap-senyap takut kantoi dengan warden atau biro-biro yang bertugas. Bahagialah kiranya mereka saat itu. Demi menunjukkan bahawa diri yang si perempuan itu sangat serius dalam hubungan, maka dia sanggup membasuh pakaian, menjemur pakaian malah sanggup menggosokkan pakaian. Okay memang macam nak respect habis lah kat mereka ni. Tapi, at last putus dan kahwin dengan orang lain'.
(Dah pendekkan cerita. Malas pulak nak taip panjang-panjang)

Maksudnya di sini,
Tak perlu la kita ni mengabdikan diri membuta tuli
sebab aku rasa benda ni cuma perlu
bila kita dah berada di dalam rumah tangga
rumah tak bertangga pon boleh sebenarnya
he he he
sama jugak dalam menjaga maruah
Nak gadai apa yang sepatutnya
tunggulah dulu sampai kita betul-betul boleh gadai
tapi sebenarnya bukan 'gadai'
tapi menyerahkan
ya, menyerahkan mengikut landasan yang benar
cuba bayangkan kalau keretapi ikut landasan yang salah
apa akan jadi?
cuba fikir sendiri
aku tak mau bagi jawapan
heee =p

okay, tu je aku nak pot pet pot pet untuk arini
sebab bagi aku
nak tunjuk yang kita ni bakal jadi isteri yang solehah
bukanlah dalam waktu-waktu begini
jadi, yang di pihak satu lagi perlulah memahami
kononnya kena TRAIN dari sekarang sebelum kahwin
tapi cubalah fikir balik
untuk apa itu semua
kalau sebelum kahwin je dia tunjuk rajin
kan?
yang sebelah lelaki UNTUNGLA kalau ada yang sanggup
tapi yang perempuan RUGILA sebab kalau dia tak jadi nak kahwin dengan kamu
Kamu yang dapat penat.
ha ha ha

Kenapa aku merepek benda ni pon aku tatau
Cuma nak bagitau di sini
aku masih belum bersedia nak tunjukkan apa yang mampu aku lakukan sebelum berkahwin
Kalau nak tau apa aku boleh buat
SILA MASUK MEMINANG
Okay?
hehehe

SELAMAT MENJALANI MINGGU PEPERIKSAAN KAWAN-KAWAN
=)

No comments: