Kenapa mudah sangat nak tersentuh hati?
Kenapa mudah sangat nak terasa hati?
Kenapa mudah sangat rasa dihindari?
Kenapa mudah sangat rasa dijauhi?
Kenapa mudah sangat rasa diri tak dihargai?
Banyak lagi persoalan-persoalan yang bakal dan boleh menjengah di minda semua manusia
Bila perasaan, hati dan akal mempunyai pendapat yang berbeza
Kadang-kadang akal setuju dengan apa yang hati rasakan
Tapi Perasaan seolah-olah tidak mahu memahami apa yang hati inginkan
Maka, berlaku percanggahan antara 3 perkara yang bakal menimbulkan konfliks kala suka dan duka
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?
Susah untuk dinyatakan sebab dan alasannya
Semuanya terletak pada diri masing-masing bagaimana mahu mengawalnya
Aku juga masih kalah dan gagal untuk mengawal 3 perkara yang wujud kala suka dan duka
No comments:
Post a Comment