Friday, May 27, 2011

Bosan

yes!
saya sgt bosan
bosan tatkala bersendirian
perlukan teman untuk berhibur
dapat cuti 2 ari (weekend)
tp xtau nk watpe pulak
nk tolong mama pasal hal2 knduri
malas la pulak
sbb semua yang duk menolong geng2 sebaya ngn mama
kalo aku join
apa agaknya perbualan yang aku boleh bualkan?
bosan kan?
so lebeh bek menyendiri di dalam rumah
menunggu tugasan yang bakal diberikan
contohnya
amekkan tupperware, buatkan air, tambah air, basuh itu ini dan sebagainya
c adek kuar tgk wayang
xreti nk bawak kakak sama
dasar adek
kalo kakak kuar tau pulak nak membontoti
ishhhh

kalo hari praktikal xdela rasa bosan cmne
cume rase malas je nk pegi
sbb leteyh oo
jauh gilak nak merempit
nk tercabut lutut dan lengan
merempit gt128
ala2 adnan sempit gitu
siap ada lelaki yang bawak moto wave menyapa
'lajunya kak long bawak moto.bapa cc moto ni?'
hahaha
nampak sgt aku sangat2 merempit kan?
GILA
bahaya. boleh mengundang kecelakaan
ya, saya tahu
tp...semangat nk sampi cepat n balik cepat
apakan daya

eh2 tgh2 bosan ni rasa nk bercerita pulak kepada belog
pasal insiden temph hari
(cewah2)
mcam malang gak la kan
balik dr praktikal
hujan turun...
bila hujan of coz la basah kan kalo kena baju?
kan?
oke tu xpe lg
air hujan yang mencurah2 tu mencucuk2 muka den ni ha bila den bawak moto dlm 80km/j
xleh laju2, hujan jalan licin
pastu ade lori
terkemut2
den lalu la tepi die
sekali die g pijak lopak dan menyimbah air ke muka den???
fine!marah betol
tp xleh salahkan lori tu
nk salahkan authority
awat xbaiki jalan???
marah marah marah
satu hal lagi
kasut tercicir
gatai p pakai wedges dh tau nak merempit
time p oke ja
bila balik wat hal pulak nk tercicir d jalanan
sbb?
byk sgt traffic light
so kenala slalu tkar gear kan?
T_T
len kali xmo pakai dah
kalo buleh nk pakai selipar ja
huhuhuhu
bertambah malang lagi
bila ada satu mamat nek moto
memandang dengan pandangan yang begitu mengerikan melalui side mirror
takuuut
sbb dalam raga moto ada beg yang berisi mcm2
dalam hati pk mcm2
mcm mana kalo dia ni peragut atau yg negatif2
naseb bek lalu jalan biasa
kalo jalan luar biasa
bisa mengundang bahaya jugak kan?
huhuhu
tp naseb baek xda apa2 yang berlaku
sampai di rumah
ucap ALHAMDULILLAH
sbb terlepas dr semua bahaya.huk3
T_T

rasanya dah xde ape yang diceritakan lagi kot
maybe sebentar lg ada idea2 len yang dikongsikan
sama2 kita nantikan.hehehe

btw, 
ade seseorang yang telah singgah di ruangan sebelah kanan
dan mencadangkan saya menukar nama dengan
'MISUARAMATA'
kenapa ya?
pikir2
maybe sbb aku kan status cik, jd la MIS
SUARA tu sbb cara penyampaian kot.ibarat suara dr hati
MATA sbb pakai spek atau sebab mata aku besaq sgt?
itu aku xtau.hahaha
terima kasih atas cadangan anda ya.. :))


sekian saja dr saya 
c bulatt..



Wednesday, May 18, 2011

sad story

terima kasih meninggalkan saya dengan terlalu pantas
memang itu yang saya mahukan
semakin lama awak berada di samping saya 
semakin saya mahu jadi gila

sebenarnya...
saya sangat sdeyh diperlakukan seperti itu
macam awak xpernah kenal saya bagaimana kan?
macam awak tidak tahu sifat saya seperti apa
umpama gula-gula kapas yang terkena air liur lalu menjadi cair
dan ditelan dengan rakusnya oleh si pemakan gula-gula kapas
gula-gula memang manis
tapi kalo dah expired bisa buat sakit perut
kan?

haih manusia
silalah paham manusia yang lain
manusia yang tak reti nak paham manusia yang lain
susahnya jadi manusia yang ada hati dan perasaan kan
susah susah susah
sangat susah
dan saya benci menjadi manusia yang susah
yang susah beperang dengan perasaan sendiri
saya lebih gemar menggunakan 'saya n awak'
berbanding
'kau n aku'
yang mungkin bunyinya lebih kasar
bersyukurlah saya masih ada sikap sopan santun itu
andai sudah bosan
pergilah n ambillah hati anda dan berlalu
tanpa menoleh lagi
sebab saya 
hanya insan biasa
punya segala kekurangan
kelebihan?
mungkin tiada di mata anda....

Sunday, May 15, 2011

Status

assalamualaikum w.b.t
ape ada pada status?
skang ni saya bukan mahu berbicara status hati atau ape2 pon
tp status di muka buka ?(FB)
kadang2 bukan main ilmiah lagi status
kadang2 bukan main agama
kadang2 bukan maen cinta lagi
bagaimana lahirnya status ini?
adakah lahir daripada keadaan sekeliling?
dari hati?
atau dari mana2?
satu kemusykilan buat aku yang selalu baca status ini
kalo status dari aku tu
memang semuanya berpunca dari diri sendiri
datang ketika
 aku suka, xsuka, minat atau ape pon perasaan aku ketika itu

tp...
persoalannya di sini timbul
bila....
kadang2 bila seseorang tu
seolah-olah nak tunjuk macam dia tu baek sangat
xkesah kalo dia memang baik
tp xperlulah nak tunjuk kat dunia macam dia tu sangatlah baik
ibarat malaikat
tau..
semua orang ada style masing2
tp ntah kenapa
aku rasa macam agak menjengkelkan
macam dia nak bg semua orang tau
dia sangat2 ingin mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa
bukan nak keji ataupun hina
tp xpaham kenapa perlu macam tu
ish...
xtaula nak describe cmne
serius
cume rase mcam kadang2 ape yang diorang post tu
mcam diorang xbape nak gune sangat
ntahla...
mungkin hanya perasaan
maaflah kalo perasaan saya ni menggugat cara anda berkomunikasi dengan status anda
cuma saya rasa kurang selesa dan kurang sesuai
itu sahaja...

sekian dari saya....

Thursday, May 5, 2011

Sedang Aku

Sedang aku sibuk menaip di sini
ramai yang sudah melabuhkan tirainya untuk hari semalam
sedang aku masih tekun memandang skrin laptop
(pinjam rumet sbb laptop sndr xtahan panas.mengada mcm mat saleh)
rakan2 seperjuangan sedang sibuk melayan novel2 ilmiah
juga si dia yang tersayang
berusaha keras mengingati setiap ilmu yang diberi
mungkin kegunaannya hanya untuk peperikasaan sahaja
atau boleh juga dipraktikkan di luar sana
sila nilai diri sendiri
siapalah aku untuk menilai anda semua...
:)

sedang aku menaip
aku masih lagi terngiang-ngiang mendengar lagu nasyid yang baru sahaja aku pasang di laptop sndiri
nasyid yang bertajuk wanita
nyanyian kumpulan DeHearty
lirik yang sangat menyentuh jiwa
sehingga aku menjadikan bait2 tersebut sebagai status MUKA BUKU
sedeyh dengan diri sendiri yang hanya tahu copy and paste
tapi...
kali ini aku xcopy paste
aku cuma mendengar lalu menaip di sini
(same ke x perbuatan tu ngan copy paste?)

HAWA memang diciptakan untuk ADAM
begitulah juga ADAM diciptakan untuk HAWA
untuk wanita :
'tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan jua dari kepala untuk dijunjung, tetapi dekat dibahu untuk dilindung, juga dekat dihati untuk dikasihi'
indah bukan bait2 lirik ini
bagi aku ia sangat indah
begitu hebat ciptaan yang Maha Kuasa

jangan malu mengaku cinta
jangan malu untuk merasakan cinta
jangan malu untuk membalas cinta
tapi biarlah cinta itu berlandaskan landasan yang dietapkan
khilafnya aku
cuba mencari ruang bermuhasabah diri
masih banyak yang perlu diperbaiki

sangat mudah untuk mencintai
juga mudah untuk melupakan
itulah aku
perasaan tiada siapa yang dapat mentafsirkan
mudahnya aku melepaskan cinta
juga mudahnya aku untuk melafaz cinta
adakah aku benar-benar mengenali cinta?
cinta pada Yang Esa adalah yang utama
cinta pada manusia juga amat bermakna
mungkin ianya hanya bermakna untuk aku
bukan orang laen yang betul2 mengenali dan mengisi seluruh hidupnya dengan ilmu Agama
banyak yang perlu di ubah
masa akan mengubah segalanya
mungkin bukan sekarang
siapa tahu
ALLAH akan bukakan hati aku untk menjadi insan yang lebih bertakwa
sedar, diri sndiri semakin jauh daripadanya
'semakin jauh ku darimu, semakin dekat pula kau menghampiri daku'
'semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula kau mendugai aku'
begitulah yang diibaratkan dengan kehidupan
bukan aku
tapi untuk semua

sedang aku menaip
aku tertanya
kenapa begitu skema ayat2 aku pada waktu dinihari sebegini
mungkin kerana
sebelum aku mula menaip
aku terlalu banyak membaca 
ruangan-ruangan luahan perasaan juga 
ruangan keinsafan
^_^

suka, seronok, gembira
melihat orang yang sedang di lamun asmara
meniti saat-saat bahagia mereka
namun,
jangan pula lupa
disebalik kebahagiaan itu
pasti akan ada duka yang bakal menyinggah
bersediakah aku untuk hari itu?
hanya Tuhan saja yang tahu
setiap hari aku menadah tangan
' Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah dia jodohku,begitu juga dengan dirinya, jadikanlah aku jodoh kepadanya, andai ditakdirkan dia bukan jodohku, kau jadikanlah dia jodohku dan berikanlah jodohnya dengan yang lebih baik'
semoga Allah memperkenankan doa Kami

sedang aku menaip
terlintas di benakku
adakah benar dia Jodohku?
atau
dia juga hanyalah insan yang hanya mampu membahagiakan aku untuk seketika cuma
kuatkah aku untuk menempuhi hari-hari yang mendatang
dengan dugaan-dugaan yang aku sendiri tidak pasti apakah ia
layakkah aku menerima kebahagiaan dari insan yang aku dambakan kasih sayangnya
layakkah aku untuk memberi seluruh jiwa untuk membahagiakan insan
yang mendambakan kebahagiaan dariku?
aku tiada kuasa untuk menolak atau menerima suratan yang telah ditentukan untukku
hanya mampu menadah tangan mengucap syukur juga 
memohon keampunan untuk dosa-dosa yang telah aku lakukan
subhanallah....
kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan yang Maha Pencipta
:-/
semoga Dia tunjukkan aku jalan yang lurus
Amin Ya Rabbal Alamin....

Selamat Hari Jumaat...
Penghulu segala hari
Selamat mengamalkan amal ibadat....
:))