Thursday, May 5, 2011

Sedang Aku

Sedang aku sibuk menaip di sini
ramai yang sudah melabuhkan tirainya untuk hari semalam
sedang aku masih tekun memandang skrin laptop
(pinjam rumet sbb laptop sndr xtahan panas.mengada mcm mat saleh)
rakan2 seperjuangan sedang sibuk melayan novel2 ilmiah
juga si dia yang tersayang
berusaha keras mengingati setiap ilmu yang diberi
mungkin kegunaannya hanya untuk peperikasaan sahaja
atau boleh juga dipraktikkan di luar sana
sila nilai diri sendiri
siapalah aku untuk menilai anda semua...
:)

sedang aku menaip
aku masih lagi terngiang-ngiang mendengar lagu nasyid yang baru sahaja aku pasang di laptop sndiri
nasyid yang bertajuk wanita
nyanyian kumpulan DeHearty
lirik yang sangat menyentuh jiwa
sehingga aku menjadikan bait2 tersebut sebagai status MUKA BUKU
sedeyh dengan diri sendiri yang hanya tahu copy and paste
tapi...
kali ini aku xcopy paste
aku cuma mendengar lalu menaip di sini
(same ke x perbuatan tu ngan copy paste?)

HAWA memang diciptakan untuk ADAM
begitulah juga ADAM diciptakan untuk HAWA
untuk wanita :
'tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan jua dari kepala untuk dijunjung, tetapi dekat dibahu untuk dilindung, juga dekat dihati untuk dikasihi'
indah bukan bait2 lirik ini
bagi aku ia sangat indah
begitu hebat ciptaan yang Maha Kuasa

jangan malu mengaku cinta
jangan malu untuk merasakan cinta
jangan malu untuk membalas cinta
tapi biarlah cinta itu berlandaskan landasan yang dietapkan
khilafnya aku
cuba mencari ruang bermuhasabah diri
masih banyak yang perlu diperbaiki

sangat mudah untuk mencintai
juga mudah untuk melupakan
itulah aku
perasaan tiada siapa yang dapat mentafsirkan
mudahnya aku melepaskan cinta
juga mudahnya aku untuk melafaz cinta
adakah aku benar-benar mengenali cinta?
cinta pada Yang Esa adalah yang utama
cinta pada manusia juga amat bermakna
mungkin ianya hanya bermakna untuk aku
bukan orang laen yang betul2 mengenali dan mengisi seluruh hidupnya dengan ilmu Agama
banyak yang perlu di ubah
masa akan mengubah segalanya
mungkin bukan sekarang
siapa tahu
ALLAH akan bukakan hati aku untk menjadi insan yang lebih bertakwa
sedar, diri sndiri semakin jauh daripadanya
'semakin jauh ku darimu, semakin dekat pula kau menghampiri daku'
'semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula kau mendugai aku'
begitulah yang diibaratkan dengan kehidupan
bukan aku
tapi untuk semua

sedang aku menaip
aku tertanya
kenapa begitu skema ayat2 aku pada waktu dinihari sebegini
mungkin kerana
sebelum aku mula menaip
aku terlalu banyak membaca 
ruangan-ruangan luahan perasaan juga 
ruangan keinsafan
^_^

suka, seronok, gembira
melihat orang yang sedang di lamun asmara
meniti saat-saat bahagia mereka
namun,
jangan pula lupa
disebalik kebahagiaan itu
pasti akan ada duka yang bakal menyinggah
bersediakah aku untuk hari itu?
hanya Tuhan saja yang tahu
setiap hari aku menadah tangan
' Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah dia jodohku,begitu juga dengan dirinya, jadikanlah aku jodoh kepadanya, andai ditakdirkan dia bukan jodohku, kau jadikanlah dia jodohku dan berikanlah jodohnya dengan yang lebih baik'
semoga Allah memperkenankan doa Kami

sedang aku menaip
terlintas di benakku
adakah benar dia Jodohku?
atau
dia juga hanyalah insan yang hanya mampu membahagiakan aku untuk seketika cuma
kuatkah aku untuk menempuhi hari-hari yang mendatang
dengan dugaan-dugaan yang aku sendiri tidak pasti apakah ia
layakkah aku menerima kebahagiaan dari insan yang aku dambakan kasih sayangnya
layakkah aku untuk memberi seluruh jiwa untuk membahagiakan insan
yang mendambakan kebahagiaan dariku?
aku tiada kuasa untuk menolak atau menerima suratan yang telah ditentukan untukku
hanya mampu menadah tangan mengucap syukur juga 
memohon keampunan untuk dosa-dosa yang telah aku lakukan
subhanallah....
kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan yang Maha Pencipta
:-/
semoga Dia tunjukkan aku jalan yang lurus
Amin Ya Rabbal Alamin....

Selamat Hari Jumaat...
Penghulu segala hari
Selamat mengamalkan amal ibadat....
:))


12 comments:

Unknown said...

sama2 ler memuhasabah diri...
banyak benda alpa n lalai..

selamat hari jumaat jgk...

misrerama said...

hehehe.....dah solat jumaat ke?

Unknown said...

hehe...aih...td aku igt nak tanye ko x p semayang jumaat ke.. x jadi..

tgok2.. kau plak tanye aku..hehe
pk benda yang sama...:)

amry said...

ni bukan copy paste erk??kalau bukan...aku nak tabik spring nih!!!memang sempoi entry hang kali ni.suka aku baca walau panjang sehingga 2KM.. :p

misrerama said...

zana : hahaha.....aku tau mesti ko ponteng semayang jumaat.tu aku tanya tuh..hikhikhik..kata sahabat dunia kahirat..mestila sama...weee :)

misrerama said...

amry : ya ya..ni bukan copy paste...tp hasil tangan yang lenguh menaip.ingat nak tambah lagi 8KM...hikhikhik

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
yeh cinta itu ibarat sambal belacan..sapa malu ,makan tak sedap tanpa sambal belacan

cik najah said...

Kaum hawa adalah umat yg paling mudah masuk ke syurga .

Usagi said...

mabuk cinta la nie....org kata kalo da mabuk bercinta nie kentot pon xberbau bsuk, btol ke?
hehehe

misrerama said...

amboi betta...xdakla mabuk mana....makan panadol dah aih...hahahaha

qilah : betoi.....hawa jugak senang menempah pintu neraka.... :(

brutalsolo : hehe...jum makan sambal belacan bnyk2...baru bertambah nasi..hehehehe

amry said...

wahhh!!!hebat2!!

misrerama said...

hebat apanya amry..hehehe