Wednesday, October 26, 2011

Mimpi bayi

Assalamulaikum w.b.t

Ya Allah
aku bermimpi
cuaca pada malam ini sejuk dan nyaman sekali
sekarang usia malam masih muda
masih belum menginjak ke pukul 10.00 mlm
namun, aku telah diberikan mimpi
mimpi yang sungguh aku xsangka
mungkin kerana aku keletihan
keletihan berada seharian di luar kampus
mungkin ada kaitannya dengan kepenatan ini
dan mungkin juga ada kaitannya dengan
setiap kali dalam perjalanan, 
aku akan lihat ke arah bayi
ya, aku masih ingat
kebanyakan masa aku di luar
aku mencuri pandangan terhadap bayi

mimpi kali ini
yang bagiku sedikit terkesan di hati
aku sedikit lagi hampir menangis dengan keadaan tangan seperti memegang bayi
(mungkin aku rindu pada anak-anak di rumah)
di dalam mimpi aku masih pelajar
mari aku ceritakan dari permulaannya
=)

aku dan rakan-rakan
dalam satu perjalanan atau lebih mudah mungkin LAWATAN TAPAK
lawatan tapak yang setiap semester wajib kami lalui
entah bagaimana
tiba-tiba
suasana mimpi itu bertukar
aku dan rakan-rakan seperti berada di dalam sebuah hospital
(aku semakin lupa mimpi yang baru sahaja terjadi)
aku terserempak dengan seorang perempuan muda
wajahnya samar-samar
namun, aku yakin dia baik
dia menyapa aku dan sahabat baik
bertanyakan nama dan tujuan kami di situ
berborak tidak terlalu panjang
aku lupa apa isi perbualan kami
lalu, aku dan sahabat berlalu meninggalkan dia

Aku masih bermimpi
kami sedang mengadakan perbincangan
tujuan perbincangan aku masih samar-samar
tiba-tiba
datang seorang lelaki
wajahnya sedih, kusut
membawa sesuatu di tangan
aku tak hiraukan
masih teruskan perbualan dengan sahabat
satu ketika, aku tersentak
bila aku terlihat namaku terpampang di atas kepingan kertas yang dipegangnya
aku jadi kelu dan mengambil tempat
untuk duduk di samping rakan-rakan yang lain
aku cuba memerhati
aku diamkan diri
mendengar dengan penuh minat
apa yang cuba disampaikan.

dia mencari pemilik nama.
nama yang diberi
'norshafiqa hazwani bt abdul aziz'
aku terdiam, kelu seribu bahasa
lalu, sahabat-sahabat menuding jari ke arah ku
yang aku mampu 
menutup muka tanda malu
kerana aku tidak tahu apa tujuan dia berbuat begitu

dengan penuh kesayuan
dia melamar si pemilik nama tersebut
aku bertambah terkedu
tidak tahu apa yang aku patut diluahkan
ya, aku terkesima
aku seperti teruja
aku dilamar di hadapan semua
aku jadi malu
namun, aku tidak hiraukan lamaran tersebut
aku tidak peduli
tapi aku rasa bersalah
kerana lamarannya adalah bersertakan wasiat dari arwah isterinya
ya, ARWAH ISTERINYA
aku yakin, wanita tersebut adalah wanita yang berborak denganku di awal jalan cerita mimpi ini
arwah meminta dia melamarku
supaya aku mampu memelihara anak mereka yang baru dilahirkan
aku terharu kerana diberi penghargaan sebegitu
aku diam. tidak memberikan sebarang respon
mungkin lelaki itu mengalah.
tidak memaksa dan melangkahkan kaki berlalu pergi

aku masih bermimpi
setelah setahun, aku kembali ke hospital yang sama
mencari-cari bayi tersebut
aku menangis teresak-esak
aku meminta kepada jururawat temukan aku dengan bayi tersebut
aku lihat seorang jururawat mengendong seorang bayi
aku yakin, itu bayi yang diwasiatkan kepadaku
aku meluru kearah jururawat tersebut 
tetapi dia tidak mengendahkan aku
aku terus berlari mendapatkan bayi tersebut
tiba-tiba langkahku terhenti
aku lihat lelaki tersebut dengan ibunya
ada di situ
aku jadi malu
tapi aku tidak mengendahkan mereka
aku ambil bayi itu
aku peluk
aku cium
aku menangis
lelaki tersebut datang kepadaku
duduk disisiku
cuba mententeramkan aku
aku jadi bingung

aku terjaga dari tidur
dalam keadaan tangan seperti memegang bayi
dan perasaanku saat itu seperti mahu menangis

Ya Allah,
apa maksud mimpi yang kau berikan ini
siapakah mereka?
kalau ini hanya mainan tidur,
kau bantu aku tenangkan jiwa ini
aku mohon 
: '|

6 comments:

Miss X said...

Bayi
Jika anda bermimpi menggendong bayi bertanda akan mendapatkan rezeki yang baik.

Liquid said...

setuju dengan miss X =)

kay yea said...

lepas neh tidu basuh kaki taw..bace doa gak ;)

misrerama said...

mohammad : terima kasih :)

miss x : ye ke? haish. mintak2 begitu. amin. alhamdulillah =)

liquid :haha. mana awk tau?

kay yea : sy dh siap bc semua doa awk. =p

misrerama said...
This comment has been removed by the author.
misrerama said...
This comment has been removed by the author.