Aku cuba mengingat kembali saat pertemuan kita dahulu
aku cuba mengingati setiap saat manis bersamamu
aku cuba mengingati setiap kata-katamu yang membuat aku tidak senang duduk atau berdiri
aku cuba untuk mengecapi semua kenangan itu
aku membaca setiap perbualan kita yang telah terakam menjadi sejarah di ruang perbualan kita
aku cuba semuanya
namun, apa gunanya andai aku sahaja yang mencuba
kerana aku memang menyimpan perasaan ini buat kamu
hanya untuk kamu
aku harap kamu juga akan melakukan hal yang sama
supaya kamu tahu
apa yang aku rasa saat ini
aku cuma mahukan kebahagiaan yang pernah kita kecapi dahulu
YA ALLAH
bantu aku
aku hanya ada MU ya Allah
kepadaMU tempat aku mengadu
bantu aku
. . .
No comments:
Post a Comment