Mungkin tanda-tanda untuk hati ini terus melepaskan dia pergi
sudah terang lagi bersuluh
tiada lagi simbol
'in a relationship'
dan aku semakin pasti
dia sudah tidak mahukan aku lagi di dalam hidupnya
aku juga tahu erti malu
aku juga ada harga diri
sampai bila aku perlu merayu
merayu pada orang yang tak sudi
Jika Allah telah tentukan takdir aku begini
aku REDHA
kerana aku manusia biasa
aku perlu kembali kepada fitrahNYA
aku wujud keranaNYA
bukan kerana dia.
Jika ada hati yang mahu menawan
bersabarlah
kerana pintu hati ini belum sempurna dibaiki
untuk membuka peluang
dan
untuk membuka semula pintu yang terkunci tanpa daya
No comments:
Post a Comment